Thrash metal 80's revisited! Album pertama yang sekian lama dinantikan, Tandus menamatkan penantian dengan 'Skuad Pemusnah' memuatkan sembilan buah lagu baharu. Saya dah dengar album nie! Sound gila babi, standard band mat saleh, top notch production, ni the best release Tandus setakat ni la. Arggh total thrashing bestiality! Die die die!

Bagi sesiapa yang belum sambar album ini boleh mendapatkannya menerusi pelancaran album Tandus dalam konsert/gig di Rockin Jamz Hall, Johor Bahru pada Ahad ini bersama-sama kumpulan Narsamum, Logam, Inhuman, Explicit dan Oxidicide. Ini adalah konsert istimewa kerana menampilkan The Big Three dari Johor - Tandus, Narsamum, Logam selain penampilan istimewa Inhuman, band dari Segamat dan Oxidicide dari Kuala Lumpur.

Korang boleh membelinya menerusi pengedar-pengedar atau terus menerusi dalam talian (secara online) dengan menghubungi Muzik Box Productions 011-4045 5271.
-Xul Metal Storm-