Category Blog
Register

Bahang persembahan kumpulan lagenda thrash metal Amerika Syarikat, Anthrax semakin dirasai kehangatannya apabila tiket-tiket untuk menyaksikan konsert mereka sudah pun mula dijual. Konsert diberikan nama Anthrax-Live In Malaysia 2020 di Menara PGRM, Star Convention Centre, Kuala Lumpur pada 4 April 2020 boleh didapati daripada pihak yang mengendalikan penjualannya secara rasmi iaitu proticket (Malaysia). 

Istimewanya tour Anthrax ini adalah yang pertama kali di Malaysia termasuk tidak mengadakan persembahan di Singapura dan juga merupakan konsert solo mereka. Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan lagenda ulung ini selepas lebih 30 tahun peminat-peminat di rantau ini mengimpikan persembahan mereka di sini.
 
 
Anthrax bukan asing bagi peminat thrash dan metal di negara ini. Kaset-kaset mereka sudah mula dijual di pasar malam secara cetak rompak sejak era 80-an lagi sebelum diedarkan secara rasmi oleh syarikat tempatan termasuk dalam bentuk cakera padat (CD). Mereka bukan sahaja dikenali sebagai dalam kalangan peminat thrash pada era 80-an malah kupulan, peminat rock dan heavy metal juga.
 
Bukan itu sahaja, mereka turut mempengaruhi kumpulan-kumpulan thrash metal awal tempatan sekitar lewat 80-an. Menarik perhatian semasa konsert thrash metal pertama Malaysia pada Disember 1988, lagu-lagu mereka turut dibawakan menerusi band terlibat. Justeru langkah promoter konsert ini, Lampuneon membawa mereka ke negara ini adalah tepat sekali bagi memuaskan hati dan memenuhi permintaan peminat mereka untuk sekian lama.
 
 
Anthrax adalah band metal kelahiran New York yang ditubuhkan pada 1981 oleh gitaris, Scott Ian dan pemain bass, Dan Lilker. Band ini dianggap antara peneraju thrash metal era 80-an dan merupakan satu daripada Big Four band thrash metal di samping Metallica, Megadeth dan Slayer. Anthrax adalah satu-satunya daripada empat band tersebut yang berasal dari Pantai Timur Amerika dan dikagumi sebagai antara band thrash metal terawal muncul dari sana.
 
Bukan mudah untuk mengulang semula sesebuah karier, apatah lagi dengan permulaan yang baru tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Anthrax. Band ini berjaya menjual 10 juta rekod, seterusnya menjadi idola Amerika dan jawapan kepada Gelombang Baru Heavy Metal British (NWOBHM) dengan tidak hanya melalui satu bahkan dua era kegemilangan.
 
 
Antara kesemua lagenda Big Four, merekalah yang paling bersemangat mengekalkan fokus untuk terus mara kehadapan dan sentiasa memberikan yang terbaik, sama ada di atas pentas mahu pun di studio. Ironinya, ketika di atas pentas bersama-sama lagenda Big Four lain, itulah bermulanya latar belakang kisah album studio Anthrax yang ke-11.
 
Melihat nama mereka bersinar setanding Slayer, Megadeth dan Metallica menjadi pembakar semangat hasil daripada kerja keras sepanjang masa. Menurut pemain bass Frank Bello,ianya bukan sekadar peringatan tegar mengenai usaha mereka ketika zaman 80-an, malah membuktikan sejauh mana mereka telah pergi.
 
 
Sehingga April 2017, band tersebut telah mengeluarkan sebanyak 11 buah album studio, beberapa album lain dan 26 buah single. Anthrax telah menjual sebanyak 2.5juta unit album di Amerika dari tahun 1991 hingga 2004 dengan penjualan di peringkat antarabangsa sebanyak 10 juta unit.
 
Album studio ketiga mereka, Among the Living telah berada di pasaran pada bulan Mac 1987. Ia memperlihatkan sisi jenaka dan eksperimental mereka dan memulakan trend lirik yang berlandaskan filem, buku komik dan novel Stephen King. Anthrax turut bertanggungjawab terhadap kewujudan speed dan thrash metal. Mereka mempamerkan alunan lazim thrash metal pada album terawal dan terkenal dengan lirik berunsurkan jenaka dan buku komik sekali gus membezakan mereka dengan band lain.
 
 
Menurut Rolling Stone, Anthrax adalah salah satu daripada beberapa band heavy metal yang mendapat pujian kritis yang berjaya mentakrif semula genre tersebut sepanjang tahun 80-an. Anthrax telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Kehormatan Rock & Roll Klasik 2012 bagi Metal Guru, Anugerah Kerrang 2004 bagi Spirit of Rock, Anugerah Metal Hammer Golden Gods bagi Band Metal Terbaik 2005 dan Anugerah Inspirasi 2016 dan Anugerah Metal Storm 2016 bagi Album Heavy/Melodic Metal Terbaik.
 
Band tersebut turut tercalon untuk beberapa Anugerah Grammy dari tahun 1991 hingga 2015 bagi kategori Persembahan Metal Terbaik. Kini menjelajah sempena ulang tahun ke-30 bagi album Among the Living, Anthrax akan tiba di Malaysia untuk bertemu peminat mereka pada 4 April 2020. Butiran mengenai acara tersebut boleh didapati di www.proticket.com.my .
 

RILISAN 2020



MANTAK - "Impurity Of The Flesh"


CENTRAL DISPOSAL - "Critical Decadence"


TANDUS - "Skuad Pemusnah"


BRAINDEAD - "To The Infamy"